PANGGILAN KERTAS KERJA
LATAR BELAKANG
Persidangan anjuran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) bersama dengan Kesatuan Universiti-universiti Islam (Rabitah al-Jamiat al-Islamiyyah) ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan satu dimensi baru perbincangan ilmu dalam bidang-bidang ilmu terutama bidang pendidikan. Pelbagai tema yang bersifat holistik dan integratif dibuka untuk dibincangkan dengan harapan memberi kesan positif kepada usaha-usaha pembangunan Islam dan akademik ummah.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kualiti pendidikan dunia Islam ke peringkat antarabangsa.
- Memperkasakan peranan universiti awam dan swasta terhadap kemajuan masyarakat.
- Memperkukuhkan pendidikan vokasional dan teknikal dalam pembangunan masyarakat
- Mewujudkan persekitaran yang kompetitif dalam kalangan sektor pendidikan dalam dunia Islam.
- Menjana idea ke arah merangka dasar sistem pendidikan baharu dan maju untuk masa depan yang lebih baik bagi negara membangun.
TEMA
Pendidikan Kontemporari pemacu kelestarian dunia Islam
SUB TEMA
- Pendidikan Untuk Kelestarian Dunia Islam
- Pendidikan Tinggi Awam Dan Swasta
- Pendidikan Vokasional Dan Teknikal
- Pendidikan Digital
- Perancangan Dan Pengurusan Pendidikan
- Kerjasama Dan Jaringan Pendidikan
- Platform Intelektual Antarabangsa
- Profesionalisme Dalam Pendidikan Tinggi
- Pendidikan Alam Sekitar